Monday, September 27, 2010

SIFU.mycatur: Main Module: Strategy & Tactics read first | ...

SIFU.mycatur:
Main Module: Strategy & Tactics
read first | ...
: "Main Module: Strategy & Tactics read first | lessons | method | comparison | testimonials Extra Module: Openings opening preparation ..."

Sunday, September 26, 2010

SIFU.mycatur: BRAILLE CHESS SET FROM MALAYSIA

SIFU.mycatur: BRAILLE CHESS SET FROM MALAYSIA: "This Braille Chess Set confirming to IBCA requirements is now avaliable at RM 280 (Appx USD95) without handling, postage and insurance char..."

Friday, September 24, 2010

Berita Harian Online | Titisan Harapan: Memastikan hak, kemudahan OKU tak ‘dirampas’

Berita Harian Online | Titisan Harapan: Memastikan hak, kemudahan OKU tak ‘dirampas’

Rencana

Titisan Harapan: Memastikan hak, kemudahan OKU tak ‘dirampas’
Oleh Karim Sulaiman

2010/09/25

KURANGNYA kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) adalah antara halangan bagi penyertaan penuh golongan ini dalam masyarakat. Ada kalanya kemudahan itu ada, tetapi dirampas orang berupaya. Di sudut lain pula kemudahan disediakan tidak mengikut piawaian yang seterusnya tidak mesra OKU.

Saya pernah membicarakan hal ini dulu, tetapi terpanggil menulisnya lagi selepas kerajaan pada Julai lalu menandatangani instrumen ratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya. Konvensyen ini menggariskan lapan prinsip umum, termasuk sikap hormat dan hidup berdikari, tiada diskriminasi serta penyertaan penuh dan berkesan dalam masyarakat. Jelas, konvensyen ini membawa perubahan besar kepada kehidupan OKU negara ini. Itulah yang diharapkan.
Dalam tulisan ini, saya tidak menyentuh mengenai dasar kerajaan terhadap OKU. Saya akui banyak dilakukan kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada golongan ini. Begitupun, sebagai OKU, saya berpandangan banyak perkara perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi memastikan dasar itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pihak berkuasa tempatan, swasta dan orang ramai perlu memainkan peranan sama ke arah itu. Kegagalan pihak ini melaksanakan tanggungjawab menyukarkan pergerakan OKU untuk aktif dalam masyarakat.
Saya memberi contoh mudah dan lapuk – kemudahan tempat meletak kenderaan bagi OKU. Kekurangan kemudahan ini menghalang orang seperti kami untuk menikmati kemudahan lain. Kemudahan ini sudahlah tidak banyak, dirampas pula oleh orang normal. Pergilah ke pusat beli-belah dan periksa siapa yang menggunakan kemudahan itu. Memang semua orang mahu meletak kenderaan di situ kerana dekat dengan pintu masuk – syarat penting dalam penyediaan kemudahan meletak kenderaan bagi OKU.

Satu lagi yang saya kurang bersetuju dengan peraturan ‘untuk pemandu OKU saja’. Di banyak tempat, jika bukan OKU yang memandu, tidak dibenarkan meletak kenderaan di situ. Pelik, berapa ramai OKU boleh memandu. Saya sendiri tidak boleh memandu lagi. Jika tidak dibenarkan meletak kenderaan di situ dan terpaksa berjalan jauh, lupakan saja untuk keluar rumah.

Begitupun, ada juga tempat membenarkan pemandu yang membawa OKU meletak kenderaan di situ. Pada saya, orang ramai perlu menghormati hak OKU seperti, termaktub dalam konvensyen itu. Pihak berkuasa tempatan dan premis terbabit pula mesti menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka yang mencabul hak OKU.

Baru-baru, ini saya menerima e-mel daripada seorang pembaca dari Johor Bahru, Johor yang mengadu laluan untuk OKU di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Johor Bahru diganggu peniaga yang meletakkan barang dagangan di situ. Keadaan itu menyukarkan golongan itu, terutama yang cacat penglihatan bergerak. Ini satu lagi contoh sikap tidak tahu menghormati hak orang lain.
Kita perlu mengakui banyak lagi kemudahan yang perlu disediakan untuk OKU supaya mampu berdikari serta bergerak cergas dan berkesan dalam masyarakat. Saya mengambil satu lagi contoh mudah, iaitu kemudahan lif. Di banyak negara, terutama maju, lif disediakan dengan kemudahan audio dan paparan elektronik. Bagi orang cacat penglihatan boleh mendengar pengumuman ke tingkat dituju. Bagi cacat pendengaran, melihat pada paparan elektronik.

Seperti yang saya katakan, kerajaan melakukan banyak perkara untuk menjamin kesejahteraan OKU. Namun, dasar dan peraturan itu, belum memadai kerana ia mesti diterjemah menjadi kenyataan. Tanggungjawab ini perlukan dilakukan semua pihak. Kita tidak mahu apabila Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020, OKU masih pada takuk lama kerana kekangan ini. Kita juga berharap Bajet 2011 terus membawa berita baik bagi OKU seperti belanjawan lalu.

Thursday, September 23, 2010

Mudered ??

Saddam had no link to al-Qaeda - FBI files

 
Sep 23, 2010 12:16 Moscow Time
Saddam Hussein. Photo: EPA
Saddam Hussein never cooperated with al-Qaida, documents declassified by the FGI in the U.S. say.
The FBI notes are among hundreds of pages of interrogation records of top Iraqi officials, including the former Iraqi foreign minister, Tariq Aziz.
He told the FBI that Hussein never had any interest in partnering with Osama bin Laden, whom he called a “fanatic”.
The FBI archives were declassified in response to a Freedom of Information Act request. 

Wednesday, September 22, 2010

Berita Harian Online | Johor: Ceroboh hak OKU

Berita Harian Online | Johor: Ceroboh hak OKU

Inilah bila ada orang tidak atau sengaja buat tidak faham hak OKU dan mengapa pihak berkuasa tidak menyaman atau menyita saja kereta tersebut sebagai keadilan untuk OKU